Pages

Cara Buat Bootable Windows Drive Dengan Rufus (.iso)





Hai dan selamat sejahtera semua, kali ini saya mahu berkongsi tentang cara atau teknik untuk membuat bootable usb menggunakan Rufus. Bootable usb ni selalu digunakan untuk meng-install windows (format laptop) ataupun untuk run backtrack operating system contoh seperti Beini, Xiaopan, Backtrack 5 dan lain lain.
Jadi, langkah pertama untuk membuat bootable usb drive adalah dengan mempunyai software Rufus, dan ianya boleh di download di sini : Rufus,
[rufus screenshot]
Langkah kedua, masukkan usb drive anda ke usb port laptop/dekstop anda dan pastikan ianya dapat dikesan oleh software Rufus.
Seterusnya, pastikan installer windows yang ingin diextract adalah dalam bentuk extension .iso (iso file).
image

Setelah siap memilih file iso yang ingin diexctract ke dalam pendrive, anda telah bersedia untuk melakukan proses bootable usb drive, Hanya ingat, sila pastikan files berharga anda di dalam pendrive sudah di backup kerana Rufus akan automatically format pendrive anda secara total sebelum proses dijalankan. Pastikan juga usb drive anda adalah berkapasiti yang sama atau lebih besar daripada file .iso anda.Selepas itu, tekan button start dan tunggu sehingga proses selesai.
Setelah siap, eject usb drive anda dan masukkan ke dalam laptop/dekstop yang ingin diinstall windows. Reboot system dan masuk ke dalam sistem boot manager. Di sana akan tertera usb drive anda dan pilih drive anda. Windows akan di install seperti biasa. :)
Dengan menggunakan bootable usb drive, ianya mudah,senang di bawa dan lebih efisyen. Di harap, tutorial ini dapat membantu anda serba sedikit dan dapat menformat laptop/dekstop sendiri tanpa perlu menghantar ke kedai kedai komputer. terima kasih =D


No comments:

Post a Comment

Search This Blog